Penubuhan S.J.K C ) Sungai Udang boleh dikatakan serentak dengan kewujudan Kampung Baru Sungai Udang. Pada tahun 1953 kerajaan telah mengumpulkan semua penduduk kaum Cina di Sungai Udang dan wujudlah Kampung Baru Sungai Udang.
Pada masa yang sama, di bawah pimpinan dan seruan pemimpin -pemimpin tempatan iaitu Mendiang Lee Moe dan Song Miow Fatt, telah memohon sekeping tanah kerajaan luasnya satu acre lebih (0.4649 hektar) dan terus membina sebuah sekolah di atas tanah kerajaan yang dipohon. Maka wujudlah sekolah S.J.K.(C) Sungai Udang.
Pada permulaannya, bilangan murid cuma 70 orang dan 3 orang guru. Guru besar yang pertama ialah En. Bong Tiam Poh. Pada hujung tahun 1955 , En. Tan Xie Min mengambil alih tugas sebagai guru besar SJK (C) Sungai Udang. Pada Tahun 1959 , sekolah ini ditukar menjadi sekolah bantuan penuh.
Pada tahun 1960, bilangan murid kian bertambah, bilik darjah tidak mencukupi. Pengerusi LPS pada masa itu ialah En. Wong Shi Tang telah menderma RM3000.00 untuk membina 3 buah bilik darjah papan untuk kegunaan sementara.
Pada tahun 1964 , Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan untuk membina 4 buah bilik darjah, sebuah tandas lelaki dan sebuah tandas perempuan serta membuat pagar kawasan sekolah. Pada tahun yang sama, bilangan guru juga telah ditambahkan 2 orang lagi.
Selepas persaraan En. Tan Xie Min, En. Tong You telah mengambil alih sebagai guru besar. Pada Tahun 1979, Ahli Parlimen kawasan ini Yang Berhormat Tan Sri Chiong Hon Nyan telah meluluskan peruntukan RM4000.00 untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang. Pada tahun berikutnya, Yang Berhormat Tan Sri Chiong Hon Nyan sekali lagi meluluskan peruntukan RM 10,000.00 untuk membina sebuah kantin sekolah.
Pada Tahun 1987, En. Tong You ditukar ke sekolah Poh Lan dan tempatnya diganti oleh En. Lee Kim Lin. Kawasan Sungai Udang telah membangun dengan pesat, bilangan kelas yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada Tahun 1989, satu Majlis Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma telah diadakan. Pihak sekolah berjaya mengutip derma RM40,000.00 untuk membina 2 buah bilik darjah.
Pada Tahun 1990, En. Chong Chin Siang memegang jawatan guru besar sekolah ini. Pada tahun yang sama, Kementerian Pendidikan telah meluluskan untuk membina 3 buah bilik darjah lagi.
Pada Tahun 1995, En. Chiong Chin Siang bersara dan tempatnya diganti oleh En. Yip Chong Wah. Pada Tahun 1998, Ibu bapa dan stake holders Sungai Udang membuat jamuan makan malam untuk mengutip wang dan membina bilik komputer supaya anak murid sekolah dapat mengikuti kelas komputer.
Pada Tahun 2001, En. Yip Chong Wah bersara dan En. Tai Song Lai
mengganti tempatnya pada bulan Oktober, 2001.
Pada hujung Tahun 2002, sebuah bangunan baru yang bertingkat 4 telah berjaya dibina dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hon Chon Kim, Timbalan Menteri Pendidikan pada 03-10-2003. Guru Besar sekarang ialah Cik Ang Lee Hwang. Beliau telah menjawat jawatan guru besar mulai pada 16 Oktober 2002.